home
history
news
hair
testi
careers
contact

Promosi
facebook
ico_phone 1-300-888-101
inquiry@101hair.com.my
Corak Kebotakan Wanita

Apakah Corak Kebotakan Wanita?

Masalah Rambut Wanita adalah masalah paling biasa dialami oleh wanita. Kebiasaannya ia mengikut pola tipikal penipisan rambut pada puncak kepala. Corak tipikal kebotakan rambut wanita adalah berbeza dari corak kebotakan lelaki.

Masalah Rambut Wanita tidak sebegitu mudah dikesan sepertimana pada lelaki. Ia mungkin tidak mempunyai hubungkait yang jelas dengan keturunan dan mungkin tidak boleh dikesan sepertimana “Masalah Rambut Wanita” biasa iaitu penipisan yang tersebar pada puncak kulit kepala.

Seorang wanita yang menyedari permulaan rambut gugur beliau mungkin tidak pasti samada kehilangan rambut tersebut adalah bersifat sementara atau kekal. Contohnya, sekiranya telah berlaku beberapa perkara seperti beliau hamil atau jatuh sakit, yang mungkin boleh dihubungkaitkan dengan corak kebotakan
rambut wanita.

Rambut menipis pada keseluruhan kepala, tetapi garis rambut di hadapan kekal. Mungkin ada kehilangan rambut secara sederhana pada puncak kepala, tetapi ia jarang melarat sehingga tahap botak keseluruhan atau hampir botak sepertimana pada lelaki.

male_pattern_baldness
Dapatkan Brochure di
downloads


Bentuk 1 Bentuk 2 Bentuk 3 Bentuk 4 Bentuk 5
female_pic1
female_pic2
female_pic3
female_pic4
female_pic5
Penipisan secara umum dengan kebotakan terselindung pada bahagian-bahagian depan dan puncak verteks. Penipisan terbuka tanpa kebotakan dan terselindung. Pengurangan rambut depan yang biasa di lihat pada corak kebotakan lelaki. Kebotakan berparut. Botak akibat masalah kesihatan dan hormon (kebiasaannya tidak dapat dirawat dengan pembedahan).
Menopaus pada amnya nenandakan satu peringkat normal pada kitaran hidup seseorang wanita bilamana penghasilan estrogen beliau jatuh ke tahap rendah, haid akan terhenti dan beliau tidak lagi boleh mengandung secara semulajadi. 90% wanita yang mengalami menopaus kebiasaannya akan mengalami pelbagai jenis keguguran rambut.

Keguguran rambut ini, yang juga dirujuk sebagai corak kebotakan wanita, yang diakibatkan oleh ketidakseimbangan pada folikel-folikel rambut. Ia akan mengurangkan pertumbuhan rambut kerana estrogen bergerak dan segalanya pada tahap rendah. Folikel-folikel akan tertutup dan rambut akan semakin mengecil. Apabila ini berlaku, wanita-wanita yang amat prihatin tentang rambut mereka akan menyedari bahawa akan ada lebih ruang antara rambut mereka sewaktu mereka menyikat rambut. Sekiranya ibu atau ayah anda mempunyai kecenderungan untuk menjadi botak, maka anda juga akan mempunyai kemungkinan memiliki rambut yang akan menipis.


Lebih Masalah Rambut>>
Corak Kebotakan Lelaki Corak Kebotakan Wanita Keguguran Rambut Pra-Matang Keguguran Rambut Selepas Melahirkan Kandungan
Kelumuran Rambut Beruban Kebotakan Bertompok Dermatitis Seborrheic Penuaan Kulit Kepala