home
history
news
hair
testi
careers
contact

Promosi
facebook
ico_phone 1-300-888-101
inquiry@101hair.com.my
Penuaan Kulit Kepala

Apakah Penuaan Kulit Kepala?

Kulit kepala yang menua menjadi semakin nipis dan akan kehilangan keanjalannya. Jumlah salur-salur darah dalam dermis akan berkurangan. Pada waktu yang sama rambut akan kerap kehilangan warnanya, dan folikel akan berkurangan pada kulit kepala. Ini akan mengakibatkan penipisan rambut dan seterusnya kebotakan.

Kulit kepala adalah kulit yang paling cepat menua berbanding bahagian-bahagian kulit yang lain, iaitu 12 kali lebih cepat dari kulit badan dan 6 kali lebih cepat berbanding kulit wajah.

Berapa Cepatkah Rambut Tumbuh?
Pada kasarnya kecepatan pertumbuhan
rambut adalah 1.25 sm / bulan,
15 sm / tahun

Kulit kepala Yang Menua
Kecepatan pertumbuhan rambut
mungkin akan menurun 80%.
Rambut mungkin hanya tumbuh
sehingga 0.25 sm / bulan.

Punca-punca Kulit kepala menua:
- Pengurangan dalam tahap kolagen
- Bekalan khasiat yang berkurangan
- Pengaliran darah yang semakin buruk
- Masalah buah pinggang dan hati

Kulit kepala Sihat Kulit kepala Menua
healthy_scalp aged_scalp
•Kulit kepala lebih tebal
•Folikel lebih besar
•Akar rambut lebih besar
•Lebih banyak salur darah
•Fasa Anagen Lebih Panjang
•Imuniti lebih baik
•Kulit kepala menipis
•Folikel mengecil
•Akar Rambut Mengecil
•Salur-salur darah berkurangan
•Fasa Telogen Lebih Panjang
•Imuniti Rendah
Lebih Masalah Rambut>>
Corak Kebotakan Lelaki Corak Kebotakan Wanita Keguguran Rambut Pra-Matang Keguguran Rambut Selepas Melahirkan Kandungan
Kelumuran Rambut Beruban Kebotakan Bertompok Dermatitis Seborrheic Penuaan Kulit Kepala